Thursday, February 11, 2010

morroco cuisine 4

makanan popular

Couscous
Merupakan makanan utama di morocco dan dijadikan makanan pada waktu tengah hari. Secara tradisionalnya ia dimasak hanya dengan sayuran sahaja. Namun setelah kedatangan pengaruh luar bahan-bahannya telah dipelbagaikan. Couscous boleh dikategorikan sebagai pasta, ia dihasilkan daripada tepung semolina yang berasal daripada gandum jenis durum. Tidak ada resepi khusus untuk couscous kerana ia mempunyai terlalu banyak variasi. Namun selalunya bahan utamanya terdiri daripada couscous, rempah, kekacang, sayuran, dan buah-buahan. Ia biasanya akan dihidangkan dalam bekas yang besar dan dimakan beramai. Couscous di letak dibahagian bawah dan akan dilitupi dengan lauk dan kuah. Roti akan dihidangkan bersama dan fungsinya adalah untuk dimakan bersama daging dan menghabiskan sisa kuah

Tagine.
Ia dinamakan sempena nama tempat memasaknya iaitu sejenis periuk leper yang diperbuat daripada tanah liat dan mempunyai penutup berbentuk kon yang berlubang di atasnya. Ia bertujuan untuk membenarkan wap keluar semasa memasaknya. Ia akan dihidangkan dengan periuk tersebut. Ia sebenarnya mirip kepada stew tetapi ia menggunakkan banyak rempah ratus. Selain itu kekacang, sayuran seperti lobak dan kentang serta buah-buahan kering turut dicampurkan. Bahan utama tajine adalah ayam, daging atau makanan laut. Seperti couscous tajine turut dimakan bersama roti.
Antara variasi lain yang popular adalah menggunakan zaitun hijau dan buah oren yang di awet


Harira
Merupakan sejenis sup, ia biasanya dihidangkan pada bulan Ramadan. Bahan asas adalah kacang dhal dan kacang kuda. Ia akan ditambah sayuran seperti tomato dan saderi. Ayam merupakan bahan yang popular namun terdapat juga sesetengah resepi yang memasukkan makanan laut sebagai alternatif kepada ayam.

Bisteyaa
Bisteeya(juga disebut bastila)merupakan manisan tradisi morocco. Ia di buat dengan warka. Warka merupakan sejenis pastry yang nipis, diisi dengan almond kulit kayu manis dan daging merpati atau ayam dan akan dibakar atau digoreng. Bahagian atasnya akan ditabur dengan serbuk gula.

Tuesday, January 26, 2010

morrocan cuisine part 3

Bahan-bahan yang biasa digunakan.

Masakan morocco banyak menggunakan rempah ratus. Seperti kamoun( jintan) karfa( kulit kayu manis) dan khourkum(kunyit). Di pesar rempah peniaga akan menyediakan ras el hanout( bahagian atas kedai) boleh dirujuk sebagai yang terbaik boleh ditawarkan oleh seseorang peniaga, merupakan campuran rempah ratus yang dijual bersama-sama( 6 hingga 100 jenis). Ia digunakan dalam penyediaan tajine dan couscous atau sebagai bahan perapan untuk daging.

Gandum merupakan bahan asasi bagi masyarakat morocco. Tepung semolina yan dihasilkan daripada gandum jenis durum digunakan untuk membuat Couscous, selain itu ia turut digunaka untuk membuat roti, yang sering dihidangkan pada waktu makan. Qab el ghazal iaitu sejenis manisan popular menggunakan phyllo pastry yang turut diperbuat daipada gandum.

Ayam dan daging merupakan makanan yang paling popular di Morocco walaupun makanan laut juga boleh didapati dengan banyak namun ia kurang popular berbanding ayam atau daging. Daging merupakan bahan asas untuk tagine. Selain itu ia turut dimasak bersama couscous.

Buah-buahan kering seperti zaitun lemon, oren dan kekacang juga banyak digunakan dalam penyediaan tajine dan couscous. Buah-buahan bisanya diawet menggunakkan garam, dan sesetenganhnya menambah rempah seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih.

Kekacang juga merupakan bahan yang popular contohnya kacang kuda , dan dhal digunakkan dalam harira. Almond pula merupakan bahan penting dalam menyediakan bisteeya ia itu sejenis pencuci mulut

Saturday, January 9, 2010

isu panas masa kini............

petikan daripada laman rasmi seorang ulama terkemuka di Malaysia....


Penggunaan Kalimah Allah

Penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut agama bukan Islam telah menjadi bahan polemik hangat dalam negara kita, dan ianya menjadi semakin panas setelah pihak Mahkamah Tinggi membuat keputusan memberi keizinan kepada pihak gereja Katholik menggunapakai perkataan Allah dalam bahan penerbitan mereka. Realiti kehidupan dalam negara kita ialah, kedudukan masyarakat Kristian adalah dalam lingkungan kehidupan masyarakat umum yang hidup secara bersama, khususnya masyarakat yang hidup di dalamnya umat Islam, mahu tidak mahu ianya akan menyentuh perasaan mereka, kerana perkataan Allah adalah sangat mulia di sisi umat Islam.

Apa yang menghairankan ialah, sebelum ini pengamal ajaran Kristian itu menyebut ‘tuhan’ dengan bahasa mereka masing-masing. Ada pun umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bahasa tetap berlafaz dan menulis dengan perkataan “Allah” dari kitab suci mereka (Al-Quran). Perkataan “Allah” ini tidak diterjemahkan lagi ke dalam bahasa masing-masing, kerana perkataan Allah tidak mampu diterjemahkan ke dalam bahasa lain, dengan berpegang kepada makna asalnya dalam bahasa Al-Quran.

Persoalannya ialah, adakah ianya boleh dibenarkan begitu sahaja di atas konsep kebebasan beragama? Hakikatnya, kebebasan secara saksama seharusnya mempunyai batas sempadan yang tidak menimbulkan masalah sehingga boleh mencetuskan perkara yang boleh merosakkan hubungan sesama manusia. Jangan sampai kita ‘terbabas’ dalam mencari kebebasan. Perkara ini perlu dijawab secara ilmu, kerana umat Islam menyebut dan menulis kalimah Allah mengikut maknanya yang sebenar sehingga menjadi akidah yang menjadi asas kepada amalan mereka.

Apa yang perlu difahami ialah, adakah penggunaan perkataan Allah oleh penganut agama lain itu adalah mengikut makna perkataan “Allah” yang tepat, dengan maksudnya yang sebenar dari segi bahasa Arab? Atau adakah mereka yang bukan Islam itu memakai perkataan itu dengan mempunyai maksud mereka sendiri yang tidak tepat mengikut bahasa bangsa yang menggunakannya, sehingga ianya boleh menjadi ejekan atau mengurangkan maksudnya sehingga menyentuh perasaan penganut Islam yang memuja kalimah ini? Suatu hakikat yang perlu difahami dengan terang dan nyata ialah, bahawa umat Islam di serata dunia yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bercakap berbagai bahasa pula, sedang menggunakan perkataan “Allah” mengikut maksudnya yang sebenar inilah.

Perkataan Allah disebut oleh orang Arab atau pengguna bahasa Arab yang menganut berbagai agama, sama ada penganut Yahudi, Kristian dan penyembah berhala sejak dahulu kala. Al-Quran menyebut secara jelas bahawa penganut agama-agama itu menyebut dan menulis perkataan Allah.

Firman Allah bermaksud:

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya), sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?. (Surah al-Ankabut: 61)

Firman Allah bermaksud:

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya? sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Surah al-Ankabut: 63)

Firman Allah bermaksud:

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Surah Luqman: 25)

Firman Allah bermaksud:

Dan demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri". (Surah az-Zumar: 38)

Firman Allah bermaksud:

Dan demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui". (Surah az-Zukhruf: 9)

Firman Allah bermaksud:

Dan demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)? (Surah az-Zukhruf: 87)

Ayat-ayat tersebut di atas mendedahkan bahawa orang-orang bukan Islam yang menganut berbagai agama itu mengaku wujudnya Tuhan yang bernama Allah mengikut naluri dalam Tauhid Rububiyyah (adanya Tuhan Pencipta Alam) dan ianya hanya sekadar itu. Namun kepercayaan mereka sebegini tidak menepati hakikat dari makna perkataan Allah mengikut maknanya yang sebenar, iaitu supaya mengesakan Allah dalam ibadah dan cara hidup seluruhnya.

Hari ini kita melihat mukjizat Al-Quran, apabila mereka memaksa diri untuk menggunakan perkataan Allah, pada hal selama ini mereka menggunakan perkataan yang menamakan Tuhan dengan bahasa masing-masing seperti God dan Lord; dan kalau itulah Allah mengikut kefahaman mereka maka ianya adalah tidak tepat dengan maksudnya.

Umat Islam tidak boleh memaksa kefahaman mereka yang salah ini untuk mengikut ajaran dan takrifan bahasa umat Islam, walaupun mereka percaya kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, tetapi mereka melantik tuhan-tuhan yang lain daripadanya dengan berbagai-bagai cara. Kalangan penganut Kristian dengan kepercayaan Trinity dengan mengadakan isteri dan anak bagi Tuhan Yang Maha Esa dan Yang Maha Suci itu. Agama yang lain menambah perlantikan Tuhan mengikut kefahaman mereka masing-masing.

Mengikut ajaran Islam, perkataan Allah ialah salah satu daripada nama-nama yang banyak bagi Tuhan Yang Maha Esa (Al-Asma Al-Husna).

Imam Al-Baihaqi menulis dalam kitabnya (Al-Asma wa Sifat).

“Perkataan Allah itu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tidak berbilang lebih dari satu dan tidak ada sekutu bagiNya (sama ada dinamakan bapa, anak dan apa sahaja). Allah mengikut bahasa Arab yang fasih dan nyata bermaksud, Dia Sahaja Tuhan, Yang Maha Esa, tidak ada lagi tuhan yang lain daripadaNya. Perkataan Allah itu daripada perkataan aL-Ilah dengan menambah al kepada perkataan asal Ilah yang bermakna Tuhan secara umum. Apabila diletakkan alif dan lam (al) menjadi yang khusus satunya yang dikenali dan diyakini benarnya, kemudian dimudahkan sebutannya dengan membuang beberapa huruf, maka disebut Allah. Penambahan al dalam bahasa Arab bertujuan makrifah (yang dikenali) secara khusus yang tidak boleh dikelirukan dengan kepercayaan salah, iaitu "berbilang tuhan”.

Al-Quran mengajar cara penjelasan makna yang sebenar, begitu juga hadith-hadith Rasulullah SAW. Penjelasan inilah yang dinamakan sebagai ‘menyampaikan dakwah’, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Tanpa melarang mereka dari menyebut perkataan Allah, tetapi kita memberi penjelasan berdasarkan ilmu, bahawa penggunaan perkataan Allah oleh mereka yang percaya adanya sifat ketuhanan dan nama ketuhanan yang lain daripada Allah adalah tidak tepat.

Apabila Rasulullah SAW menghantar surat kepada raja-raja yang menganut agama kitab, dan disebut dalam surat perutusan itu firman Allah yang menjelaskan kepercayaan yang sebenar kepada Allah yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah". Kemudian jika mereka (ahli kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". (Surah Ali Imran: 64)

Perutusan Rasulullah SAW mendedahkah bagaimana golongan ahli kitab (Kristian dan Yahudi) memakai perkataan yang sama apabila menyebut perkataan Allah, seterusnya dijelaskan dengan makna aqidah yang tepat secara ajaran tauhid, iaitu mengesakan Allah tanpa syirik, sama ada syirik itu melakukan upacara ibadat dengan menyembah tuhan-tuhan yang lain daripada Allah, atau mematuhi hukum-hukum dan undang-undang ciptaan para ahli agama (pendita) dan pemimpin-pemimpin (arbab) yang mencipta undang-undang dan hukum yang menentang hukum Allah. Mereka telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab yang diturunkan kepada rasul mereka sendiri, atau mengharamkan apa yang dihalalkan, atau memberi hak ketuhanan kepada ahli agama sehingga boleh mengampunkan dosa yang menjadi hak Allah sahaja.

Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita. Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan agama mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan Allah sekadar mengubah jenama bagi melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh dizinkan sama sekali. Ini adalah kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci kepada umat Islam dan bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang diamal oleh umat Islam, adalah dikira menodai kesucian dan kemurnian kalimah Allah di hadapan umat Islam.

Imam Ali K.W, menegaskan kepada mereka yang menyalahgunakan perkataan yang benar dengan tujuan yang salah, dengan apa nama sekalipun:

(Kalimahnya benar tetapi dimaksudkan dengan tujuan yang salah).

Kalimah Allah adalah paling benar, tetapi kalau menulis atau menyebut perkataan Allah laksana memakai jenama barangan untuk melariskan jualan di tengah masyarakat umat Islam, maka ianya sangat menyentuh sensitiviti umat Islam. Keadaan ini akan menyebabkan semua kalangan umat Islam yang berbeza pertubuhan (NGO), fahaman politik dan individu, bersatu untuk mengeluarkan suara hati mereka yang sangat memuliakan kalimah Allah. Suasana sebegini boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat majmuk yang ada dalam negara kita.

Al-Quran juga memerintah penganutnya supaya tidak menghina dan mencaci penganut agama lain sehingga menyebabkan mereka mencaci Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-An'am: 108)

Demikianlah keterbukaan Islam terhadap kebebasan beragama dengan batas sempadan yang tidak menegangkan hubungan dalam masyarakat berbagai agama.

Wallahua’alam.

Friday, January 8, 2010

masakan morocco part 2.............

Morocco merupakkan sebuah negara yang kaya dengan budaya. Tidak terkecuali aspek pemakanan, mereka mempunyai budaya pemakanan yang unik dan tersendiri. Bertunjang daripada budaya arab masyarakat morocco adalah masyarakat yang amat meraikan tetamu. Setiap tetamu yang berkunjung akan dilayan sebaiknya salah satu caranya adalah melalalui makanan. Mereka akan menghidangkan para tetamu dengan pelbagai juadah yang lazat.

Kaum wanita akan menyediakan hidangan dan menganggap ia sebagai satu seni yang menjadi kebanggaan rakyat morocco. Tetapi kebiasaannya kaum lelaki akan makan terlebih dahulu daripada kaum wanita. cantiknya budaya mereka apabila
Tetamu yang bertandang akan memuji-muji hidangan yang disediakan. Namun mereka boleh makan bersama jika terdapat tetamu wanita bertandang.,

The pudina akan dihidangkan kepada para tetamu sebelum hidangan utama di sediakan. Kebiasaannya tetamu akan dihidangkan secara berperingkat. Setelah satu hidangan dihabiskan barulah hidangan yang lainakan dikeluarkan. Contohnya tajine akan dihidangkan terlebih dahulu kemudian di ikuti oleh couscous dan biasanya akan diakhiri dengan buah-buahan yang manis.

Tajine merupakan merupakan stew daging yang dimasak dengan buah-buahan akan dihidangkan dalam bekas yang besar dan akan dimakan beramai-ramai dalam bekas tersebut. Cara yaqng sama juga akan digunakkan untuk menghidangkan couscous. Ia biasanya akan dihidangkan pada waktu tengah hari. Orang morocco makan menggunakkan tangan. Hanya tiga jari sahaja digunakkan kerana menggunakkan kelima-lima jari akan dianggap gelojoh dan pelahap. tangan kiri hanya digunakkan untuk mengambil roti atau menghulurkan makanan kepada orang lain. Roti selalunya akan dihidangkan bersama-sama hidangan yang lain. Fungsi roti pada kebiasaannya adalah untuk dimakan bersama daging atau menghabiskan sisa kuah atau makanan yang masih tertinggal dalam bekas.

Dalam budaya morocco mereka digalakkan untuk menjamah makanan yang terhidang walaupun sudah kenyang terutamanya tetamu. Makan sedikit-sedikit bersama-sama orang lain sehingga makanan tersebut habis. Ini kerana jika seseorang berhenti makan orang yang lain akan turut sama berhenti.

Untuk sarapan pagi mereka memakan penkek semolina yang dipangil baghir yang dihidangkan bersama khli iaitu daging kering.

Bisteya pula merupakan sejenis pencucui mulut yang popular. Ia diperbuat daripada tepung dan almond. Ia biasa dihidangkan kepada pengantin iaitu pagi pertama selepas mereka berkahwin. Mereka mengharapkan agar pasangan tersebut dapat hidup bahagia serperti mana manisnya bisteeya. Ia juga selalu dihidangkan dalam majlis-majlis keraian.

Harira iaitu sejenis sup, akan dihidangkan semasa waktu berbuka puasa. Ia dianggap sebagai suatu hidangan kerana didalamnya terdapat pelbagai jenis bahan seperti kekacang sayuran dan daging. Bisanya ia akan dihidangkan bersama-sama kurma

SOSEH SOSEH: Anggota UNIC tinggal berdua

PADA mulanya SS dapat tahu kumpulan nasyid UNIC daripada berempat dah jadi bertiga apabila seorang anggotanya tarik diri. Pada SS kalau tinggal bertiga saja tidak jadi masalah kerana mereka masih dapat meneruskan perjuangan seperti biasa. Anggota tak ramai, duit persembahan pun dapatlah banyak sikit.


Tetapi khabar paling terbaru, kumpulan itu sekarang dah tinggal berdua saja anggotanya.


SS rasa sejak kumpulan itu ada pengurus baru, perjalanan kerjaya mereka semakin bagus.


Bermula dengan program Kem Syoknya Ramadan pada bulan puasa lalu, penghujung Disember lalu mereka juga mengadakan program jelajah ke Kedah. SS difahamkan sambutannya sangat bagus, penuh satu bas.


Selepas itu mereka juga sedang merancang hendak bercuti bersama peminat ke Beijing pada Jun ini. Tup! tup! berpecah pula. Dulu sebelum ada pengurus, UNIC agak tenggelam dibandingkan dengan kumpulan nasyid lain kerana tiada yang mengurus jadual seni mereka apabila masingmasing sibuk dengan komitmen kerja dan belajar.


Bila dah ada pengurus, lain pula jadinya. Rasanya belum sampai setahun pengurus itu berkhidmat dengan mereka.


Selepas balik cuti tahun baru ini, SS tak sempat nak merisik khabar dengan pengurus UNIC yang hitam manis dan baik hati itu. Dengarnya, mereka juga bakal menerbitkan album baru dan sepanjang 2010, banyak program sudah diatur termasuk untuk memantapkan diri sebagai pakar motivasi kepada pelajar sekolah dan remaja.


Jika benarlah perkhabaran itu, tentu pengurus UNIC kecewa kerana segala usahanya untuk mengembalikan semula populariti kumpulan itu tidak kesampaian.


Apapun, selagi SS belum tahu cerita sebenar, SS tak mahu menuduh siapa yang bersalah.

tau x korang??????????

prepaid: 2 per 3 henset kat dunia ni pakai prepaid
prepaid mula di gunakan pada 1993 kat pheonix, arizono

titanic merupakan filem paling laris katdunia dengan 'grossing' lebih 1 billion.

Frienster popular kat Asia Tenggara tp dah kurang popular kat us.

United Kingdom: Merupakan gabungan England, Scotland, Wales.
keluasannya lebih kecik daripada Malaysia.

TU JER KOT NANTI AKU LETAK LAR PAPE LAGI........

Saturday, January 2, 2010

Keputusan GUA Showbiz Poll 2009

Keputusan GUA Showbiz Poll 2009

Keputusan GUA Showbiz Poll 2009




Selepas tiga minggu, ini dia keputusan GUA Showbiz Poll 2009, hasil undian pembaca GUA semua. Ingin tahu siapa yang berjaya meraih undian tertinggi sekaligus bergelar Hero Paling Macho, Heroin Disukai Ramai, Pengacara Paling Top dan DJ Paling Masyuk? Jawapannya ada di bawah.

Hero Paling Macho
Remy Ishak (49.8%)
Fizz Fairuz (16.3%)
Kamal Adli (12.1%)

Heroin Disukai Ramai
Tiz Zaqyah (60.3%)
Maya Karin (25.4%)
Scha (9%)

Pengacara Paling Top
Aznil Hj Nawawi (41.6%)
Fara Fauzana (31.6%)
Ally Iskandar (13.3%)

DJ Paling Masyuk
Aznil Hj Nawawi (48.4%)
Fara Fauzana (39.7%)
Din Beramboi (2.9%)

Drama Paling Top
Nur Kasih (70%)
Mertua vs Menantu 2 (9.6%)
Awan Dania (8.7%)

Filem Melayu Paling Meletup
Geng: Penggembaraan Bermula (23.5%)
Papadom (19.3%)
Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (16.1%)

Filem Melayu Paling Tak Best
Jalang (25.1%)
Sifu & Tongga (22%)
Jin Hutan (15.3%)

Filem Hollywood Paling Happening
2012 (36%)
Transformers: Revenge of the Fallen (21.2%)
Harry Potter and the Half-Blood Prince (17%)

Filem Hollywood Yang Mengecewakan
Obssessed (29.5%)
Dragonball Evolution (23.1%)
G.I. Joe: The Rise of Cobra (10%)

Rancangan Realiti Paling Top
Akademi Fantasia 7 (30.5%)
Gadis Melayu 2 (18%)
Anak Wayang (17.5%)

Konsert Antarabangsa Paling Hangat
Akon (53.5%)
All American Rejects (10.1%)
Black Eyed Peas (9.6%)

Band GUA Paling Salut
Hujan (46%)
Bunkface (42.6%)
Estranged (4.1%)

Lagu Tema 2009
Bencinta - Faizal Tahir (60.6%)
Aku Skandal - Hujan (13%)
Dan Sebenarnya - Yuna (11.1%)

Songs You Hummed To In 2009
Love Story - Taylor Swift (28.2%)
Poker Face - Lady Gaga (27.6%)
I Got A Feeling - Black Eyed Peas (9.6%)

for more information please visit gua.com.my

AddThis

Share |