
skang ni tengah bz wat research pasal moroccan cuisine, assignment utk international cuisine. herm, hope bley post kat sini lepas dah setel semuanyer. tapi sebelum tu ader las sket intro ttg moroccan cuisine. kalau salah tu tolong2 la betul kan ek. bese la kan kalau nak maju kena terima kritikan.
Morocco atau maghribi merupakan negara yang terletak di utara afrika. Besempadan dengan Algeria di sebelah timur, western sahara disebelah selatan Dan dipisahkan dengan sepanyol oleh selat Gibraltar di sebelah utara. Disebelah barat adalah laut Mediterranean. Ibunegara morocco adalah rabat, manakala bandar terbesar adalah Casablanca. Majority penduduknya berbangsa arab dan beragama islam. Masakan morocco sering dikatakan sebagai antara masakan yang terbaik di dunia. Selain itu para pengkritik dan pencinta makanan mengatakan bahawa masakan morocco yang terbaik adalah masakan yang dihasilkan dirumah bukannya di hasilkan di hotel atau restoran. Masakan morocco banyak dipengaruhi oleh negara luar seperti negara afrika, Moorish, timur tengah dan sepanyol. Ini kerana morocco telah wujud sejak tahun 8000 sebelum masihi dan banyak kuasa telah bertapak negara ini. Tukang masak diraja di fez, Marrakech dan tetoun telah merubah dan menicpta masakan yang tersendiri sehingga menjadi masakan morocco pada hari ini. Selain dari factor sejarah, geografi juga memainkan peranan penting dalam memcipta identity masakan morocco. Dibahagian timur dipenuhi dengan pantai yang beriklim Mediterranean, menjadikan ia sangat sesuai untuk penanaman buah-buahan, di selatan pula merupakan kawasan gurun yang digadikan pusat penternakan, selain itu morocco juga dipenuhi dengan gunung ganang. Masyarakat morocco mempunyai budaya pemakanan yang tersendiri. Itulah yang menjadikan morocco sebuah negara yang unik. Setiap tetamu yang datang akan dilayan dengan penuh hormat. Mereka juga akan disajikan dengan hidangan yang enak sehingga sukar untuk menolak pelawaan mereka. Salah satu adat orang morocco adalah menghidangkan teh pudina kepada para tetamu. Makanan ruji rakyat morocco adalah couscous, yang dihidangkan bersama daging dan buah kering. Selain itu tajine juga adalah hidangan yang popular di seluruh morocco.
untuk penerangan lanjut tunggu la posting akan datang. until then take care
salam.............


No comments:
Post a Comment